BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 20, 2010

Lege rasa Nya

Ari ni baru lah aku rasa lega sikit. Dapatlah bernafas n luruskan badan....
Tau tak sepanjang hari jadual ku cukup penuh. Balik dari keja pukul 4.30 coz aku masuk kol 7.30 terus hantar anak2 2sion. Nak tau macam mana :-

Pukul 6 - petang hantar adik
Pukul 7.30 - hantar alang
Pukul 7.30 - balik jap ambil kngah pulak
Pukul 8.00 - hantar acik

Pukul 9.00 - ambil adik
Pukul 9.30 - ambil kngah(bila kngah tumpang kawan baru lega)
Pukul 9.30 - ambil alang pulak last sekali
Pukul 10.00 - ambil acik

Aduh bila tengok mcm ni mmg letih tapi demi anak2 aku kena lakukan. Nak tau tak....Aku pegi naik motor jer tapi tak merempit bahaya cuma aku ni ada lesen agung (x lesen motorpun tapi tawakal jer......)

Hari2 macam ni paling letih sangat aku rasakan. Ikutkan hati mahu saja aku tukar jadual 2sion ni tapi tak boleh. Masing2 ada jer masalah yang tak boleh dielakkan tapi aku kena akur dengan masalah ibubapa tersebut.

Aku selalu bmotivasi dengan anak2 ku supaya rajin belajar demi masa depan meka.. Aku selalu jadikan diri ini contoh pada mereka :-

Kataku pada meka...nak ke kamu semua hidup macam ibu. Belajar tak pandai, nak 2sion arwah moyang takda duit....jika dulu ibu 2sion tentu ibu jadi pegawai(boleh ke)tak macam sekarang.....tapi syukur dengan anugerah Allah dapat gak aku jadi kerani n keja dengan kerajaan.

Kataku lagi 1 bulan 2sion jer untuk 4 orang anak RM450.00 ibu kena bayar, jika ibu tak fikir pasal kamu macam-macam boleh ibu buat dengan jumlah duit tersebut tapi ibu tak fikir itu semua, ibu hendak anak2 ibu belajar bersungguh2 sampai ke mana yang kamu mampu susah ke......? Bila kita tanya kamu semua faham & boleh buat apa yang ibu minta. Jawapannya boleh tapi seorang jer yang sampai sekarang aku rasa tak boleh.

Yang amat aku risau tahun ni 2 orang anak ku akan mengambil PMR & SPM. Yang acik akan ambil PMR tapi puas aku dok bermotivasi...pagi,petang tapi tak nampak perubahan. Aduh risaunya aku..apa yang harus aku lakukan....

Kadang-kala dah putus asa gak. Kejanya lain takda asyik bsukan tak kira main bola, badminton dsbnya. Memang lah tak salah jika nak nbersukan tapi kena utamakan pelajaran. Jika kerja sekolah dah siap takpalah . Kita kena beri kelonggaran gak supaya mereka tak rasa bosan. Betul tak.....?

Apapun yang penting aku kena usaha gak untuk mereka supaya masa depan mereka terjamin. Semuga Allah memakbulkan doa ku . Amin...

3 comments:

silversarina said...

Salam,

Tak pe bersusah payah demi masa depan anak2 , biar pun penat InsyaAllah anak2 akan berjaya .

Selamat belajar buat anak2 semua .

aNIe said...

dEeWan...memang kita sebagai ibu terpaksa bekorban sedikit utk anak2...memang penat...tapi puashati sebab kita lakukan demi anak2...

Semoga anak2 kita akan menjadi seperti yang kita inginkan...Insyaallah

sakurasa 2 said...

DeEwAN terima kasih atas ucapan dan doa untuk sakura