BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 6, 2010

Bertambah Usiaku Lagi

Semalam genap usiaku 34 tahun. Ah perasan, tapi sebaliknya. Syukur kepada Allah diberi kepadaku kesihatan dan umur yang panjang untuk aku meneruskan kehidupan ini. Alhamdullilah aku masih dapat meneruskan hidup ini walau dengan penuh onak dan duri. Berbagai asam garam kehidupan aku tempuhi dalam memperjuangkan hidup ini.

Kadangkala Allah banyak mengujiku erti kesabaran tapi adakalanya aku tewas juga. Tahun ni aku tak tiup lilinpun seperti tahun2 yang lalu. Biasanya klonglah yang akan beriya2 membeli kek buatku takpa diapun jauh cukuplah sekadar ingatan dari anak2ku.

Biasa kawan baikku akan mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUATKU tapi dia dah pergi buat selamanya. Dialah orang pertama yang akan wish kat aku....

Cuma tahun ni aku rasa sedih sikitlah, perasaan terguris bila anak2 buat hal. Tak taulah salah sapa tapi sebagai ibu, aku mahu yang terbaik buat anak2ku. Aku mahu mereka berjaya ke menara gading dan yang penting aku mahu meka lakukan apa yang dituntut dalam Islam. Aku teringat kata2 seorang ustaz : walau tinggi manapun anak kita berada jika dia tidak menutup aurat maka kita tidak berjaya menjadi seorang ibu.

Apapun yang berlaku biarlah aku yang merasa kerana aku tahu aku lakukan semua ini untuk anak2ku. Terpulang kepada mereka untuk menilai apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

3 comments:

sakurasa 2 said...

dEeWaNs Selamat hari lahir
moga sentiasa diberkati Alah..
kita di duga kerana Allah ingin tahu sekuat mana iman kita....
laluilah semuanya dengan kesabaran...

aNIe said...

dEewan...Selamat Hari Lahir...semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...dan dikurniakan kesihatan yang baik...

KAMATO said...

Selamat ulang tahun, moga dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki