BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 20, 2010

pEnUtUpAn SuKmA ke 13 MeLaKa..








Semalam pukul 5 ptg aku dan anak2 telah bersiap ke Stadium Hang Jebat untuk menyaksikan Penutupan Sukma Ke x111 . Memang seronok ketika menyaksikan Perasmian dan Penutupan Sukma tersebut cuma masa perasmian tersebut aku tak bawa camera,jadi takda gambar masa perasmian. Rugilah jika kita x menyaksikan persembahan tersebut. Bukan itu saja tiap x ada perlawanan sukan tersebut aku dan anak akan ke tempat dimana ada aje perlawanan. Yang menguntungkan sukma berlaku waktu cuti sekolah maka banyak masa untuk aku bersama anak-anak. Tak perlulah aku kemana-mana memadai dengan membawanya ke tempat tersebut. Nak tau tak selama hidup aku, belum penah aku bawa kenderaan n balik lewat pukul 2 pagi tapi x ini aku harungi juga. Dalam pada itu adalah pula pergaduhan semasa konsert diadakan. Kita datang nak seronok tapi berlaku kejadian yang tak diingini....Tu lah anak-anak muda sekarang bila tonton konsert jer mesti nak bergaduh. Entah apa yang direbutkan.