BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 9, 2010

KE DURIAN TUNGGAL

Pagi ni tepat pukul 6.30 pagi aku dah bertolak ke Durian Tunggal. Kononnya utk dpt nombor yg paling cepat dari minggu lps. Sampai di Kg. Gangsa aku tengok kereta dah banyak. Alamatnya nombor yang teruklah. Oh ya tujuan aku ke sana untuk mengubati penyakit batu karang yang tdpt ddalam tubuhku. Dah 1 bulan aku mengidap sakit tsebut. Orang kata tempat tu ok. Ramai gak kwn ofisku yang mencuba. Ada yang dah nak dibedah tapi bila pegi hpital lepas berjumpa tmpt tu tidak jadi bedah. Doktorpun jadi hairan. Akupun mencuba. Manalah tau ada rezeki n diizinkan Allah......Minggu pertama aku dapat no 65 n batu yang dikeluarkan sebanyak 3 biji. Masa buat tu sakit gak tapi tak lah sama sakit seperti dilaser kat hospital. Kali ke 2 pegi aku dapat no 48. Tunggu punya tunggu sampai pukul 12.30 tgh sampailah giliran aku.

Kali ni aku pegi bukan batu karang tapi sakit dibahagian belakang. Aku ingatkan batu karang lagi tapi katanya masalah tulang belakang. Katanya aku pernah jatuh. Memang dulu masa lawan bola jaring aku jatuh terduduk. Lepas merawatku, akupun pulang tapi pada masa tu aku lihat lagi ramai orang dikawasan tersebut. Tak kira bangsa . Ada yang berusung, dipapah, didukung dan sebagainya . Macam-macam sakit yang datang bukan setakat batu karang aje boleh dirawat...

Aku ni peramah lah. Kebanyakkan yang datang semuanya aku tanya apakah kesannya . Jawapan yang diberi begitu memuaskan aku. Ni bukanlah nak promot tapi sekadar nak bantu sapa-sapa yang sakit boleh mencubanya tapi lebih kepada batu karang.... Manalah taukan ada rezeki pembaca blog ni yang keluarganya sakit bolehlah mencuba tapi ingat datanglah awa-awal pagi. Masanya pula pukul 6.00 pagi - 4.00 ptg. Hari Isnin n Jumaat tiada operasi... Selamat mencuba......

4 comments:

arsaili said...

salam dan selamat tahun baru moga tahun ini membawa keberkatan buat kita semua...dan moga penyakit batu karang dan juga belakang cepat sembuh yea

dEeWaN said...

thanks arsaili

Unknown said...

dEeWaN.. nak tanya skit...selepas berubat kat durian tunggal tuh...skrang nieh batu karang tuh ada lagik tak

Unknown said...

kaedah perubatan dia nampak pelik ker tidak? Maksud saya ada tak unsur-unsur makhluk halus tak...(sekadar bertanya...tiada sebarang niat lain)