BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

SYUKUR PADA ILLAHI

Pada 19 Jun 2009 adalah saat paling mendebarkan dalam hidupku dimana keputusan kemasukan ke IPTA akan diumumkan. Detik 12 tengahari akan berlaku,aku begitu semakin berdebar seolah keputusan IPTA aku yang akan keluar. Tepat pukul 2 petang anak ku memberitahu bahawa dia tidak berjaya. Terhenti nafasku ku seketika bila mendengarnya tapi apakan daya aku pasrah. Mungkin ini sudah ditakdirkan. Namun aku tidak berputus asa aku cuba membukanya di pejabat pulak tapi tak berjaya. Padaku mungkin line tengah buzy. Aku meminta bantuan kawan pejabat ku kerana pada watu yang sma mesyuarat akan dimulakan.

Lantas pukul 4.30 petang kawan ku memberitahu bahawa anakku telah berjaya. Aku tak percaya seolah aku dipermainkan kerana anakku sendiri mengatakan bahawa dia tidak berjaya. Akupun memberitahu pada anakku bahawa dia telah berjaya. Kak long sendiripun tak percaya dengan aku. Diapun merasakan seolah akupun mempermainkannya.Kawan ku pun mencetak keputusan tersebut dan memberiku. Barulah aku percaya. Ya Allah syukur kepadaMu permintaanku telah Engkau tunaikan.

Sebelum berangkat ke Kedah, kami begitu sibuk mencari segala kelengkapan untuk anak sulungku. Kami berangkat dengan menaiki bas seramai 5 beranak. Wah mahalnya kos semasa pergi dan balik. Nasib baik ada sepupuku di Kangar, Perlis. Kami sume tido di situlah. Akupun apa lagi sambil menyelam minum air lah. Sempat gak aku ke pdg besar tak lah shoppingpun, beli sekadar yang mampu.

Ahad selepas pendaftaran, kami sume terpaksa kemas bilik anakku. Dia dapat kawan dgn owang Kedah. Selepas berkemas, anakku dengan urusannya dan aku terpaksa berpisah dengan anakku. Sedih dan sebak rasanya almaklum kami tak penah berpisah sejak dia kecil lagi. Tapi apakan daya demi mencapai cita2 nya biarlah kami berpisah buat sementara. Semuga apa yang dicita2kan akan tercapai dan semuga Allah pelihara keselamatan dan kesihatannya. Amin...

1 comments:

KAMATO said...

Tahniah untuk anak