BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

Apa Dah Jadi Deman Datang Lagi

Pada hari Khamis aku dah rasa tak sedap badan. Rasanya lama dah tak kena demam. Kngah dah cakap supaya aku ambil mc jer memandangkan badanku begitu lemah....

Ni yang aku tak suka bila dapat deman......berat badanku akan turun. Bukan senang nak capai 55 kg ni...Aku ni bila deman takda selera makan & lidahku kan rasa pahit sangat.

Tapi aku gagahi perjalanku ini untuk k pejabat. Rupa nya di bahagian ku ada 3 orang yang tak datang kerja. Aku rasa nasib baik aku tak mc jika tidak parah gak. Biasalah awal n hujung bulan aku tidak dibenarkan bercuti melainkan ada kematian....

Tak sabarnya nak tunggu waktu balik..........

Sekarang ni kat Melaka sana sini jalan jem. Petang lepas keja aku terus ke klinik zaleha. Yang geramnya jambatan cathy ni tak sudah-sudah jem. Sampai jer kat klinik doktor takda.... Aduh geramnya ...Badan ku dah tak tentu rasa ni. Bila pekerja klinik tu kata suhu badan ku 39.6 aku kena bergegas gak cari klinik panel yang lain. Apa lagi klinik perdana lah.

Aduh satu lagi penyakit kat jambatan barley ni pun jem lagi.....Badan ni dah tak tentu rasa. Kereta dah berderet-deret.....Aku lagi cepat nak sampai ada pulak yang potong q.......Geramnya aku.....

Lepas jer jumpa doktor kat depan tesco pulak jem giler lagi.....Nampaknya sekarang ni kat Melaka mana saja jalan bila musim cuti ni tak sudah-sudah jem...... Awas pada ibu-ibu yang nak bersalin....pandai-pandai lah cari jalan untuk elakkan kesesakan lalu lintas jangan sampai bersalin didalam kenderaan.

Hari ni aku dah sihat. Syukur dah kurang demanku. . ...Cuma selera makan masa tiada lagi........Komputer pun dah baik maka bolehlah aku buka internet......

3 comments:

sakurasa 2 said...

dEeWaN's semoga cepat semboh n rajin2 makan ubat ya.

aNIe said...

Jalan2 kat Melaka tu sukar nak dibesarkan sebab bangunan lama2 tu betul2 kat tepi jalan...

KAMATO said...

musim panas ni banyakkan minum