BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 18, 2010

Night Arabian

Semasa dipilih untuk membuat persembahan aku macam teruja aje..memandangkan umur dah semakin lanjut. Tertanya juga, boleh ke aku menari lagi ?


Tapi disebabkan minat aku terhadap tarian sejak azali lagi maka aku teruskan permintaan rakan2 yang lain untuk berlatih menari.

Ini ku terima kerana semua yang hadir wanita (PUSPANITA). Selama 2 minggu berlatih di MPMBB. Rasanya terlalu letih kerana dari pejabatku hendak ke MPMBB begitu jauh.....


Selama itu juga di pejabat ku terlalu banyak kerja yang terpaksa aku siap sebelum aku dibenarkan untuk berlatih. Kadang-kala tension gak dibuatnya....adakalanya rasa nak jer tukar ke unit lain......Aku ni jika tak dapat ikut rombongan pejabat tak apa tapi jangan lah pasal benda macam ni....memang aku tak boleh menolaknya.


Bayangkan 4 petang dah disolek,sedangkan pukul 8 baru bermula. Masa tu aku mula terbayang kepada penari-penari yang biasa menari ditv..agaknya mereka tu pun macam aku gak bila nak disolek. Jika dah macam tu sembahyangpun tak terjaga.....nasib baik aku tak jadi penari.

Apa yang aku dengar para ajk puspanita akan membuat malam amal lagi tapi dengan tema " bollywood " pulak. Apakah aku akan terpanggil lagi....Kita tunggu dan lihat lah.

2 comments:

arsaili said...

salam ramadan dan selamat berpuasa

aNIe said...

dEewan...akak pun minat menari...dulu pernah buat persembahan untuk Jabatan Pertanian sempena hari Sukan kebangsaan...jadi Johan lagik...heheh...seronok..!!