BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Perjalanan Ke Utara

Pada 25 Disember aku & 3 anakku ke Utara. Tujuan pertama menghantar klong ke UUM. Hari pertama aku singgah ke Ipoh (Bkt Tambun) . Di situ aku menginap dirumah kawan lama. Hari ke 2 aku bertolak ke Pokok Asam untuk menghadiri majlis kahwin anak kawan lama ku. Hujan lebat membuat kami terkandas di tempat tersebut. Tapi ada rahmatnya, aku dapat jumpa kawan lama semasa menginap di Padang Rengas.Seronok juga dapat jumpa mereka sambil berborak mengenang kisah-kisah lama.
Balik kami singgah tempat lama di Padang Rengas dimana disitulah selama 10 tahun aku menetap dan bekerja. Banyak yang dah berubah tapi tetap cantik pemandangan. Dulu tempat yang aku bergambar tu dinamakan Pusat Latihan tapi kini dah nama lain pulak. Seronoknya tinggal disitu. Udara yang nyaman di atas bukit membuat kami hidup segar ,sesegar mentari pagi . Sunyi sepi dan jauh dari bandar rasa nyaman dan tenteram.
Hari ke 3 berangkat ke Kangar. Disana sepupuku telah menanti untuk menghantar anakku ke UUM. Dari Kangar patah balik ke Changlun. Bila tengok macam membazir je tapi disebabkan barang2 anakku simpan di Kangar maka berulangalik lah kami.Setelah selesai berkemas aku berangkat balik ke Kangar semula. Bermalam lah kami di Kangar, nak balik malam tu tak jadi bila terkenangkan kemalangan bas Sani Ekspres. Petang tu sepupuku janji nak masuk sempadan tapi tak sempat. Masa begitu mencemburi kami. Keesokkan pagi bertolak balik ke Melaka. 10 jam perjalanan begitu membosankan. Sakitnya badan-badanku. Bangun, tidur tak juga sampai. Apapun syukur pada Allah kami selamat pergi dan selamat kembali..

1 comments:

silversarina said...

Salam Tahun Baru buat semua .

Bila kembali ke tempat lama memang banyak kenangan yang kita imbau , anyway jalan2 ke utara memang best !