Ari ni baru lah aku rasa lega sikit. Dapatlah bernafas n luruskan badan....
Tau tak sepanjang hari jadual ku cukup penuh. Balik dari keja pukul 4.30 coz aku masuk kol 7.30 terus hantar anak2 2sion. Nak tau macam mana :-
Pukul 6 - petang hantar adik
Pukul 7.30 - hantar alang
Pukul 7.30 - balik jap ambil kngah pulak
Pukul 8.00 - hantar acik
Pukul 9.00 - ambil adik
Pukul 9.30 - ambil kngah(bila kngah tumpang kawan baru lega)
Pukul 9.30 - ambil alang pulak last sekali
Pukul 10.00 - ambil acik
Aduh bila tengok mcm ni mmg letih tapi demi anak2 aku kena lakukan. Nak tau tak....Aku pegi naik motor jer tapi tak merempit bahaya cuma aku ni ada lesen agung (x lesen motorpun tapi tawakal jer......)
Hari2 macam ni paling letih sangat aku rasakan. Ikutkan hati mahu saja aku tukar jadual 2sion ni tapi tak boleh. Masing2 ada jer masalah yang tak boleh dielakkan tapi aku kena akur dengan masalah ibubapa tersebut.
Aku selalu bmotivasi dengan anak2 ku supaya rajin belajar demi masa depan meka.. Aku selalu jadikan diri ini contoh pada mereka :-
Kataku pada meka...nak ke kamu semua hidup macam ibu. Belajar tak pandai, nak 2sion arwah moyang takda duit....jika dulu ibu 2sion tentu ibu jadi pegawai(boleh ke)tak macam sekarang.....tapi syukur dengan anugerah Allah dapat gak aku jadi kerani n keja dengan kerajaan.
Kataku lagi 1 bulan 2sion jer untuk 4 orang anak RM450.00 ibu kena bayar, jika ibu tak fikir pasal kamu macam-macam boleh ibu buat dengan jumlah duit tersebut tapi ibu tak fikir itu semua, ibu hendak anak2 ibu belajar bersungguh2 sampai ke mana yang kamu mampu susah ke......? Bila kita tanya kamu semua faham & boleh buat apa yang ibu minta. Jawapannya boleh tapi seorang jer yang sampai sekarang aku rasa tak boleh.
Yang amat aku risau tahun ni 2 orang anak ku akan mengambil PMR & SPM. Yang acik akan ambil PMR tapi puas aku dok bermotivasi...pagi,petang tapi tak nampak perubahan. Aduh risaunya aku..apa yang harus aku lakukan....
Kadang-kala dah putus asa gak. Kejanya lain takda asyik bsukan tak kira main bola, badminton dsbnya. Memang lah tak salah jika nak nbersukan tapi kena utamakan pelajaran. Jika kerja sekolah dah siap takpalah . Kita kena beri kelonggaran gak supaya mereka tak rasa bosan. Betul tak.....?
Apapun yang penting aku kena usaha gak untuk mereka supaya masa depan mereka terjamin. Semuga Allah memakbulkan doa ku . Amin...
Wednesday, January 20, 2010
Lege rasa Nya
Posted by dEeWaN at 2:49 AM 3 comments
Monday, January 18, 2010
Cinta Balqis
Aku n kawan2 suka sangat kisah cinta balqis. Balik jer aku pasti tgk citer ni . Sampai jer kat pejabat xda keje lain pasti citer balik ksh cinta Balqis. Ramai gak yang jadi pengarah yg tak bertauliah....yang paling syoknya bila Ezany dah tsedar dari sakitnya n ingatkan sumer kshnya dengan Balqis. Naik bulu romaku seolah kami sume yang berlakon dalam babak tu. Ari ni episod akhir. Harap2 Ezany n Balqis akan bersama semula......Yang syoknya bila Hassan kena tembak. Aku kata padan dgn muka dia. Barulah aman c Ezany tu dpt Balqis. Biar dia mati baru Balqis dpt bbaik dengan Ezany tp sayang Balqis yang bodoh tu akhirnya jatuh cintai di episod terakhir lantas Ezany lepaskannya agar dapat bkahwin dengan Hassan. Geramnya aku. Sebenarnya apa yang aku nak katakan ni bukan setakat seronoknya menonton tapi kita jadikan pengajaran buat diri kita. Harta boleh dicari tapi cintai sejati payah ditemui. Beruntung seandainya setengah lelaki bersikap seperti Hassan ...cintanay tulus ikhlas walau bbagai halangan dan dugaan diterima namun cintanya tetap kukuh.
Posted by dEeWaN at 3:21 AM 1 comments
Saja Nak Citer
Apa pendapat anda semua jika suami main kayu 3. Ni nk citer sikit tentang kwn ku. Dah 20 thn kawin n ada 5 orang anak. Sepanjang hdpnya bsama dgn insan yg bnama suami rupanya disebalik senyumannya terselit seribu kedukaan. Sepanjang dia bgelar isteri rupa2nya suaminya main kayu 3...bkn setakat itu blaku somethingpun dia bsabar kerana kenangkan anak2nya yg semakin mbesar. Pernah katanya bila suaminya gila pompuan sampai tak balik n abaikan rtangga. Jiran2lah yg mbantu dikala dia skt nk bsalin atau anknya sakit utk dibawa ke hospital. Penah sekali dia nk bersalin suaminya tiada maka tpaksalah dia minta tolong jiran sdgkan suaminya tido dgn pompuan lain. Nk kata tiada bukti mmg byk bukti yg dia dapat tp dia ttp bsabar.
Akhirnya dia minta diceraikan kerana dia kata sampai bila nk hdp dlm keadaan begini. Bila jadi mcm tu barulah c suami nk btaubat...tp taktau lah dh insaf ke blm
Posted by dEeWaN at 3:08 AM 1 comments
Saturday, January 9, 2010
KE DURIAN TUNGGAL
Pagi ni tepat pukul 6.30 pagi aku dah bertolak ke Durian Tunggal. Kononnya utk dpt nombor yg paling cepat dari minggu lps. Sampai di Kg. Gangsa aku tengok kereta dah banyak. Alamatnya nombor yang teruklah. Oh ya tujuan aku ke sana untuk mengubati penyakit batu karang yang tdpt ddalam tubuhku. Dah 1 bulan aku mengidap sakit tsebut. Orang kata tempat tu ok. Ramai gak kwn ofisku yang mencuba. Ada yang dah nak dibedah tapi bila pegi hpital lepas berjumpa tmpt tu tidak jadi bedah. Doktorpun jadi hairan. Akupun mencuba. Manalah tau ada rezeki n diizinkan Allah......Minggu pertama aku dapat no 65 n batu yang dikeluarkan sebanyak 3 biji. Masa buat tu sakit gak tapi tak lah sama sakit seperti dilaser kat hospital. Kali ke 2 pegi aku dapat no 48. Tunggu punya tunggu sampai pukul 12.30 tgh sampailah giliran aku.
Kali ni aku pegi bukan batu karang tapi sakit dibahagian belakang. Aku ingatkan batu karang lagi tapi katanya masalah tulang belakang. Katanya aku pernah jatuh. Memang dulu masa lawan bola jaring aku jatuh terduduk. Lepas merawatku, akupun pulang tapi pada masa tu aku lihat lagi ramai orang dikawasan tersebut. Tak kira bangsa . Ada yang berusung, dipapah, didukung dan sebagainya . Macam-macam sakit yang datang bukan setakat batu karang aje boleh dirawat...
Aku ni peramah lah. Kebanyakkan yang datang semuanya aku tanya apakah kesannya . Jawapan yang diberi begitu memuaskan aku. Ni bukanlah nak promot tapi sekadar nak bantu sapa-sapa yang sakit boleh mencubanya tapi lebih kepada batu karang.... Manalah taukan ada rezeki pembaca blog ni yang keluarganya sakit bolehlah mencuba tapi ingat datanglah awa-awal pagi. Masanya pula pukul 6.00 pagi - 4.00 ptg. Hari Isnin n Jumaat tiada operasi... Selamat mencuba......
Posted by dEeWaN at 1:44 AM 4 comments
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Perjalanan Ke Utara
Pada 25 Disember aku & 3 anakku ke Utara. Tujuan pertama menghantar klong ke UUM. Hari pertama aku singgah ke Ipoh (Bkt Tambun) . Di situ aku menginap dirumah kawan lama. Hari ke 2 aku bertolak ke Pokok Asam untuk menghadiri majlis kahwin anak kawan lama ku. Hujan lebat membuat kami terkandas di tempat tersebut. Tapi ada rahmatnya, aku dapat jumpa kawan lama semasa menginap di Padang Rengas.Seronok juga dapat jumpa mereka sambil berborak mengenang kisah-kisah lama.
Balik kami singgah tempat lama di Padang Rengas dimana disitulah selama 10 tahun aku menetap dan bekerja. Banyak yang dah berubah tapi tetap cantik pemandangan. Dulu tempat yang aku bergambar tu dinamakan Pusat Latihan tapi kini dah nama lain pulak. Seronoknya tinggal disitu. Udara yang nyaman di atas bukit membuat kami hidup segar ,sesegar mentari pagi . Sunyi sepi dan jauh dari bandar rasa nyaman dan tenteram.
Hari ke 3 berangkat ke Kangar. Disana sepupuku telah menanti untuk menghantar anakku ke UUM. Dari Kangar patah balik ke Changlun. Bila tengok macam membazir je tapi disebabkan barang2 anakku simpan di Kangar maka berulangalik lah kami.Setelah selesai berkemas aku berangkat balik ke Kangar semula. Bermalam lah kami di Kangar, nak balik malam tu tak jadi bila terkenangkan kemalangan bas Sani Ekspres. Petang tu sepupuku janji nak masuk sempadan tapi tak sempat. Masa begitu mencemburi kami. Keesokkan pagi bertolak balik ke Melaka. 10 jam perjalanan begitu membosankan. Sakitnya badan-badanku. Bangun, tidur tak juga sampai. Apapun syukur pada Allah kami selamat pergi dan selamat kembali..
Posted by dEeWaN at 6:53 AM 1 comments
Wednesday, December 23, 2009
CuTi2 MaLaYsIa.....

Musim cuti sklh ni,aku tlh mmbwa ank2 ku mlawat Melaka. Paginya bawa berenang (tak dpt kat hotel,kat kolam renang mpmb jadilah). Selepas itu bru mlawat tmpt menarik di Melaka.Ank2 ku teringin brmain jumping brhmpirn Menara Taming Sari di Melaka. Orng rmai sgt pd hr tu..Jalanraya begitu sesak.Ank2 ku ajk naik Menara tp aku tkt lah.. Ada 1 lg kenderaan yg digunakan dlm 2 alam (duck cruise) tapi x dlm pic ni.. Kenderaan tsbt pd mula akn dijalankan ats jraya selepas itu akn dibawa ke dasar air pulak. Aku blm lagi menaikinya.harganya mahal lah....Sejak seklh baru ni aku dpt mlawat tmpt kelahiranku semula. Lama kan. Esok plk aku akn ke utara.....apa lagi majlis kawin di Taiping n ahadnya plk mhantar anak sulungku ke UUM.Mklm la musim cuti seklh..pokai gak poket ni tp apakan daya rezeki yg dicari bknkah utk ank2. Moga mereka sume berjaya......insyaallah .Oh ya d sini aku upload bbrpa gmbr je and aku sertakn video ank aku bmain jumping..tp senget la plak...hehehe...t cmmnt2 la ea...
Posted by dEeWaN at 3:25 PM 2 comments


