BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Perjalanan Ke Utara

Pada 25 Disember aku & 3 anakku ke Utara. Tujuan pertama menghantar klong ke UUM. Hari pertama aku singgah ke Ipoh (Bkt Tambun) . Di situ aku menginap dirumah kawan lama. Hari ke 2 aku bertolak ke Pokok Asam untuk menghadiri majlis kahwin anak kawan lama ku. Hujan lebat membuat kami terkandas di tempat tersebut. Tapi ada rahmatnya, aku dapat jumpa kawan lama semasa menginap di Padang Rengas.Seronok juga dapat jumpa mereka sambil berborak mengenang kisah-kisah lama.
Balik kami singgah tempat lama di Padang Rengas dimana disitulah selama 10 tahun aku menetap dan bekerja. Banyak yang dah berubah tapi tetap cantik pemandangan. Dulu tempat yang aku bergambar tu dinamakan Pusat Latihan tapi kini dah nama lain pulak. Seronoknya tinggal disitu. Udara yang nyaman di atas bukit membuat kami hidup segar ,sesegar mentari pagi . Sunyi sepi dan jauh dari bandar rasa nyaman dan tenteram.
Hari ke 3 berangkat ke Kangar. Disana sepupuku telah menanti untuk menghantar anakku ke UUM. Dari Kangar patah balik ke Changlun. Bila tengok macam membazir je tapi disebabkan barang2 anakku simpan di Kangar maka berulangalik lah kami.Setelah selesai berkemas aku berangkat balik ke Kangar semula. Bermalam lah kami di Kangar, nak balik malam tu tak jadi bila terkenangkan kemalangan bas Sani Ekspres. Petang tu sepupuku janji nak masuk sempadan tapi tak sempat. Masa begitu mencemburi kami. Keesokkan pagi bertolak balik ke Melaka. 10 jam perjalanan begitu membosankan. Sakitnya badan-badanku. Bangun, tidur tak juga sampai. Apapun syukur pada Allah kami selamat pergi dan selamat kembali..

Wednesday, December 23, 2009

CuTi2 MaLaYsIa.....


Musim cuti sklh ni,aku tlh mmbwa ank2 ku mlawat Melaka. Paginya bawa berenang (tak dpt kat hotel,kat kolam renang mpmb jadilah). Selepas itu bru mlawat tmpt menarik di Melaka.Ank2 ku teringin brmain jumping brhmpirn Menara Taming Sari di Melaka. Orng rmai sgt pd hr tu..Jalanraya begitu sesak.Ank2 ku ajk naik Menara tp aku tkt lah.. Ada 1 lg kenderaan yg digunakan dlm 2 alam (duck cruise) tapi x dlm pic ni.. Kenderaan tsbt pd mula akn dijalankan ats jraya selepas itu akn dibawa ke dasar air pulak. Aku blm lagi menaikinya.harganya mahal lah....Sejak seklh baru ni aku dpt mlawat tmpt kelahiranku semula. Lama kan. Esok plk aku akn ke utara.....apa lagi majlis kawin di Taiping n ahadnya plk mhantar anak sulungku ke UUM.Mklm la musim cuti seklh..pokai gak poket ni tp apakan daya rezeki yg dicari bknkah utk ank2. Moga mereka sume berjaya......insyaallah .Oh ya d sini aku upload bbrpa gmbr je and aku sertakn video ank aku bmain jumping..tp senget la plak...hehehe...t cmmnt2 la ea...








Tuesday, November 24, 2009

something2...yeeah...

Tuesday, September 15, 2009

Sempena menjelang hariraya ni....aq tlh mengambil cuti mulai 14 /9 hingga 25/9 utk membuat kuih raya. Alhamdullilah dpt tempahan sebanyak 2000 biji. Penat giler beb...mana tidaknya lps buat kuih kena msk plk. Syukur anak2ku x ksh dgn lauk ketika berbuka. Mana sempat jer lah aq msk . Tak sangka dh lama tak bisnes kuih makmur ni.... bila keadaan memaksa aq kena buat kuih yg dh lama ku tinggalkan. Ari ni last ku buat kuih tempahan. Sok aq mula buat almond landon n biskut conflakes. Ni lah kuih kegemaran ank2ku.

Tentang baju2 ni aku dh tempah. Thn ni warna merah lah. Baju sedondon ni aq mulai masa ank sulungku kecil lagi tp bila meka dh dewasa meka tak suka mcm boria jer katanya. Tapi tukar trendlah kami ambil warna sama tapi corak lain.

Mungkin khamis ni bila ank sulung ku balik, aq akn bawa sumernya pegi shopping lagi.....tapi ala kadar jer...memandangkan masalah kewangan.

BuSsINeSs WoMeN tAu.....




salam...hai penatnye jd orng business ni..btambah kurus jdinye..tp nk wat mcm mana,nk tmbah kn rezeki la katakn...gmbr2 di ats adalh serba sedikit hasil kuih rya yg tlhku siapkn...hai..bnyk lag yg prlu di buat..and bnyk lag persiapan rya yg blm dpt ku lakukn..sampai xckup tgn,.. pg g kerja,ptg bru blik..then nk msak untk juadah bbka lag..mlm nk g terawih plak..hai..rya smkin hmpr..harp dpt aku siapkn dlm mgu ni..pd sesiapa nk temph kuih rya pd thun hdapn,blh hubngi ku...hhehehe,,,

Tuesday, June 30, 2009

SYUKUR PADA ILLAHI

Pada 19 Jun 2009 adalah saat paling mendebarkan dalam hidupku dimana keputusan kemasukan ke IPTA akan diumumkan. Detik 12 tengahari akan berlaku,aku begitu semakin berdebar seolah keputusan IPTA aku yang akan keluar. Tepat pukul 2 petang anak ku memberitahu bahawa dia tidak berjaya. Terhenti nafasku ku seketika bila mendengarnya tapi apakan daya aku pasrah. Mungkin ini sudah ditakdirkan. Namun aku tidak berputus asa aku cuba membukanya di pejabat pulak tapi tak berjaya. Padaku mungkin line tengah buzy. Aku meminta bantuan kawan pejabat ku kerana pada watu yang sma mesyuarat akan dimulakan.

Lantas pukul 4.30 petang kawan ku memberitahu bahawa anakku telah berjaya. Aku tak percaya seolah aku dipermainkan kerana anakku sendiri mengatakan bahawa dia tidak berjaya. Akupun memberitahu pada anakku bahawa dia telah berjaya. Kak long sendiripun tak percaya dengan aku. Diapun merasakan seolah akupun mempermainkannya.Kawan ku pun mencetak keputusan tersebut dan memberiku. Barulah aku percaya. Ya Allah syukur kepadaMu permintaanku telah Engkau tunaikan.

Sebelum berangkat ke Kedah, kami begitu sibuk mencari segala kelengkapan untuk anak sulungku. Kami berangkat dengan menaiki bas seramai 5 beranak. Wah mahalnya kos semasa pergi dan balik. Nasib baik ada sepupuku di Kangar, Perlis. Kami sume tido di situlah. Akupun apa lagi sambil menyelam minum air lah. Sempat gak aku ke pdg besar tak lah shoppingpun, beli sekadar yang mampu.

Ahad selepas pendaftaran, kami sume terpaksa kemas bilik anakku. Dia dapat kawan dgn owang Kedah. Selepas berkemas, anakku dengan urusannya dan aku terpaksa berpisah dengan anakku. Sedih dan sebak rasanya almaklum kami tak penah berpisah sejak dia kecil lagi. Tapi apakan daya demi mencapai cita2 nya biarlah kami berpisah buat sementara. Semuga apa yang dicita2kan akan tercapai dan semuga Allah pelihara keselamatan dan kesihatannya. Amin...

Friday, June 12, 2009

SAAT BERTANDING BOLLYWOOD & ARABIAN

Aku tpaksa tinggalkan ank2 selama 3 hari utk wat show kononnya....
Pengalaman tiap x btanding selalu wat aku mls nk msk lagi tp tpaksa coz kat ofis tu dh xde muka lain . Bila tarian muka-muka ni lah. Cuba lihat pic tu....sume dh senja jk anak dara tu bgs gak.

Pjalanan ke kl (apptment sucassa) mmg seronok maklum bkn senang nk tido kt tmpt mcm tu. Hai lama dh tak berehat, jk x syik kat dapur je....Ari tu aku jd mem x perlu nk msk sume dh thidang. Balik kt appment tau nyer tido...

Sebelum pertanding, kami ada 12 negeri. Setiap negeri akn diundi utk menentukan sapa yg mula dulu. Nk Tau tak masa undi tu jd tperanjat beruk gak. Apa x nyer masa undi baru tau syarat tarian tu adalah rentak poco-poco sdgkan kami dh buat rentak bollywood & arab. Bila ditanya katak org kl xde syarat. Tapi xpe jk hadiah lumayan nk gak kami protes.Apa yg tlintas di hati ni pasti kami akn kalah sdgkan sbelum ni kami pasti akn dpt tmpat pertama.....dgn apa yg kami wat...

Perasaan masa tu dh hilang semangat utk btanding. Dh last minit mmg x blh ubh walau poco-poco tu kacang bagi aku tapi bagi meka yg lain tak tau plk mcm mana meka nk ubh rentak.....Sedangkan aku dtaman tiap ptg sabtu & ahad ada tarian tsbt. Tak jadi masalah bila diubh cuma dh suntuk.

Apapun setelah dibincang oleh pengerusi kami, kami pun on lah & dpt no 11.
Mlm tu, sebelum acara bermula kami diundang ke rumah haji mokhtar utk bsiap coz mlm trakhir tpaksa check out dr sucassa.

Hj Mokthar ni blh dikatakan owg kaya sakan. Rumah yg dibina ni bnilai 3 juta. X sangka dpt gak aku mjejakkan kaki ke rmh tu...Org nya x sombong & blagak...Kami diibarat sbg guest. Ank haji moktar bwa kami ke setiap sudut rumahnya. Tau tak apa yg aku bkenan kt rumah tu, dlm bilik mandi siap ada sauna & spa tak perlu ke kedai. Untung jadi org kayakan. Apapun syukur dgn apa yg aku miliki....

Nak citer tentang mlm ptandingan plk.
Lewat gak dimulakan ptandingan tersebut. Perasaan mlm tu aku mmg tak tenteram. Perangai aku mmg begini tiap x btanding, perasaan nervous pasti ada. Tangan ni mmg dh sejuk. Dada aku jgn lah cakap,dap.... dup... dap... dup...bunyi nyer. Tiba giliran aku & members,masa first pose bkn main meka sorak & tepukan yg gemuruh... Belum lagi mula gelek. Bila dh mula gelek riuh nyer...(Alah yg mjerit tu lelaki lah. Utk pengetahuan lelaki x dibenarkan msk tp tahun ni byk kaum jenis adam plk. Wah dlm hati pasti kami peserta melaka akn menang & dpt no 1.

Lewat jam 11.00 mlm pengumuman dibuat. Kami bdebar gak. Sebelum tu diumumkan pemenang saguhati & yg tinggal 3 negeri iaitu kl, n9 & melaka. Bila diumumkan tmpt ke 3 nk tau sapa.....tempat pertama n9, kedua kl & ketiga dh taukan. Apapun ramai yg mnyangka kami yg dpt tempat pertama. Frust gak tp dh tau kami tak ikt syarat & kami reda lah dgn keputusan pengadil. Letihnya amat sgt. Jam 12 malam bru habis & kami pulang melaka. Lebih kurang pkl 3 pagi baru sampai....